Riuh sukan raket
Iklan
Kemunculan gelanggang pickleball yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata tempat akan terus menggalakkan gaya hidup sihat.
PAP! Pop! Pip! Ramai orang suka mengata tentang pickleball dan bunyi bertalu-talu apabila paddle memukul bola plastik itulah puncanya. Saya setuju, ia memang menjengkelkan terutama sekali apabila kita sedang makan, bekerja, atau bermain tenis di gelanggang bersebelahan.
Namun, ia tetap menyeronokkan dan saya telah pun menerima jawatan sebagai Penasihat Persatuan Pickleball Negeri Sembilan.