Wajar dikenakan denda jika enggan bayar pampasan
Iklan
Jika berlaku kes scam disebabkan kelemahan daripada telco, syarikat diminta membayar pampasan kepada pengguna- Foto hiasan. Foto kecil: Nadzim
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju dengan cadangan supaya syarikat telekomunikasi (telco) membayar ganti rugi atau pampasan kepada pengguna menjadi mangsa penipuan melalui telefon.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, soal keselamatan sememangnya tanggungjawab telco, selain memastikan nasib pengguna terkesan mendapat pembelaan.