PRN Sabah: Siapa Ketua Menteri?
Iklan
Menjelang penamaan calon esok, keadaan semasa politik Sabah sama volatil dengan ribut di Teluk Likas. Foto hiasan
MENJELANG penamaan calon esok, keadaan semasa politik Sabah sama volatil dengan ribut di Teluk Likas.
Persis mencabut helaian dari novel 1984 tulisan Orwell, setiap kali tiba pilihan raya, Sabah akan dijanjikan lembaran pentadbiran baharu – progresif dan local centric – tetapi hakikatnya berbeza. Walau nyaring laungan ‘Sabah untuk Sabah’ dari Tawau hingga Keningau, Kuala Lumpur tetap instrumental dalam pentadbiran negeri di bawah bayu ini.