Cikgu, soalan ini masuk exam ke?
Iklan
Negara yang maju bukan yang mempunyai ramai pelajar pandai menjawab tetapi yang mempunyai ramai rakyat yang tidak pernah berhenti belajar. Foto hiasan
SOALAN kecil itu sering ditanya dan mungkin kita sendiri paling suka pernah bertanya kepada cikgu ketika zaman persekolahan.
Sedar atau tidak, ia menunjukkan budaya akar pendidikan negara kita iaitu belajar kerana nak lulus peperiksaan.