Air Selangor kukuh pembangunan loji air pulih guna bagi industri, pusat data

Iklan
Air Selangor memperkukuh pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP) bagi menyokong pertumbuhan digital dan ekonomi mampan Selangor.

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat memperkukuh pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP) yang akan membekalkan air pulih guna bagi kegunaan industri dan pusat data di seluruh Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah tersebut menandakan satu pencapaian penting dalam pengurusan air mampan dan inisiatif ekonomi kitaran di Malaysia.

Iklan
Iklan

“Usaha ini mencerminkan komitmen Air Selangor dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif bagi memperkukuh asas ekonomi dan menyumbang kepada matlamat ketahanan iklim negara selain meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim.

“Selangor merupakan negeri paling bersedia dan berdaya saing di Malaysia dalam membangunkan infrastruktur bagi pusat data serta industri mampan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Johari Anuar.

Tambah beliau, Selangor terus menerajui pertumbuhan ekonomi negara dengan sumbangan sebanyak 26.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2024 dan menarik pelaburan baharu melebihi RM100 bilion.

Iklan

“Inisiatif itu mengukuhkan lagi kedudukan Selangor sebagai peneraju serantau dalam transformasi digital hijau, memastikan kemajuan ekonomi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar bergerak seiring.

“WRP juga dijangka menyokong dua pembangunan utama pusat data di Selangor. Usaha berkenaan sekali gus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi utama pelaburan infrastruktur digital di rantau ini,” jelas beliau.