Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Iklan
Gambar hiasan.

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.50 bilion daripada RM29.05 bilion pagi Rabu manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM20.80 bilion daripada RM20.38 bilion, sebelum ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Iklan
Iklan

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 11 November 2025. - Bernama