Awasi judi online
Iklan
Soal judi online merupakan masalah besar dalam kalangan belia di mana-mana pun di dunia. Gambar hiasan
AWANG setuju dengan pandangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa judi online boleh jebak belia. Sewaktu bercakap di Dewan Rakyat beliau tak nafikan bahawa pembabitan golongan belia dalam kegiatan itu ‘pada tahap membimbangkan’.
Memang soal judi online ini masalah besar dalam kalangan belia di mana-mana pun di dunia. Sama jugalah isu pornografi, buli online dan scam yang membabitkan mereka. Generasi muda hari ini khususnya Generasi Z (Gen-Z) paling terdedah kepada pelbagai isu negatif di atas talian. Oleh sebab itu Awang setuju dengan Hannah bahawa perlu dilihat semula Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan memberikan taring melalui kuasa udang-undang.