Tak ada TV bukan bermakna miskin
Iklan
Bagi sebahagian orang, tidak memiliki TV bukan lagi tanda kemiskinan, tetapi gaya hidup. Gambar hiasan
KIRA-KIRA 50 tahun lalu, televisyen atau TV dianggap satu lambang kemewahan. Kalau ada jiran baru membeli TV, satu kampung datang menumpang. Lebih-lebih lagi apabila tiba tayangan drama Melayu atau perlawanan bola sepak, mahu meriah dibuatnya.
Waktu itu tidak semua keluarga mampu membeli TV. Harga sebuah peti TV hitam putih pun masih tinggi. Ada satu TV di dalam rumah pun sudah menunjukkan sesebuah keluarga itu orang ‘berada’. Jarang sekali dengar satu rumah ada dua atau tiga peti televisyen.