LIONEL Messi membuat lawatan mengejut ke Nou Camp menjelang pembukaannya semula hujung bulan ini selepas kerja pengubahsuaian dan berharap dapat kembali untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong yang tidak sempat beliau lakukan ketika meninggalkan Barcelona pada 2021, lapor PA Media/dpa.
Pemain berusia 38 tahun itu, yang kini bermain untuk Inter Miami dalam Major League Soccer sejak dua tahun lalu, terbang ke bekas kelabnya itu sebelum menyertai skuad Argentina di Alicante sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan menentang Angola pada Jumaat.