Tidak pernah ada perbincangan susun Kabinet - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KDW di Putarajaya pada Selasa.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Urusan rombakan Kabinet tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Jemaah Menteri. 

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja yang sepatutnya sebagai ahli Jemaah Menteri dan timbalan menteri. 

Iklan
Iklan

"Tidak pernah ada perbincangan menyusun Kabinet," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini pada Selasa. 

Iklan

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Anwar akan melaksanakan penyusunan semula Kabinet berikutan tiga kekosongan dan satu menteri yang tamat perkhidmatan sebagai Senator.

Kekosongan jawatan Menteri itu merangkumi Kementerian Ekonomi yang sebelum ini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang melepaskan jawatan dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). 

Iklan

Terbaharu, Datuk Ewon Benedick turut mengambil langkah sama melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada Sabtu lalu. 

Selain itu, kedudukan Menteri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut diperkatakan. 

Ia selepas tempoh perkhidmatan beliau sebagai Senator selama dua penggal akan berakhir pada 2 Disember ini.