Tujuh individu dberkas jual cap keselamatan palsu kepada warga asing

Iklan
Antara individu yang diberkas JIM.

SERDANG – Kegiatan sindiket menjual cap keselamatan palsu kepada warga asing terbongkar susulan tujuh individu termasuk tiga wanita warga Vietnam ditahan Jabatan Imigresen di sebuah rumah di Seri Kembangan di sini pada Isnin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata, sindiket itu menyasarkan warga Vietnam, Indonesia dan Thailand yang mahu menetap lama di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Mereka (pelanggan) akan mendapatkan khidmat sindiket dengan tujuan memperoleh 'endorsement' dikendalikan suspek tanpa mengetahui ia adalah palsu.

"Berdasarkan siasatan awal, setiap urusan dipercayai dikenakan bayaran antara RM2,500 hingga RM3,000 bagi satu dokumen," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Zakaria berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima maklumat mengenai dua suspek iaitu lelaki warga tempatan yang menaiki bas dari Terminal Bas Larkin di Johor menuju Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Antara barang yang dirampas JIM.

Iklan

"Sepasukan pegawai diatur gerak dan berjaya mengesan pergerakan dua suspek di sekitar TBS.

"Pasukan operasi seterusnya mengekori sebelum menahan mereka ketika memasuki premis kediaman di sebuah taman di Seri Kembangan, yang disyaki menjadi lokasi persembunyian beberapa individu lain," katanya.

Zakaria berkata, semua tujuh suspek yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pemalsuan dokumen, melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen sah," katanya.