Bertempur atau beralah?
Iklan
BN umum 41 calon bertanding pada PRN Sabah di Kota Kinabalu, Ahad lalu. Gambar kecil Anis Anwar (kiri) dan Kuok Tiung
SHAH ALAM - Ketika tumpuan kini terarah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dijangka mengumumkan senarai calonnya Rabu ini, bahang PRN Sabah ke-17 (PRN17) semakin memuncak dengan bayangan jelas kemungkinan ada pertempuran kerusi sesama sendiri dalam blok Kerajaan Perpaduan.
Setakat ini, Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan 41 calon, manakala Pakatan Harapan (PH) melalui PKR dan DAP pula menamakan keseluruhan 17 calon.