PRN Sabah: Pengaruh Anwar atasi sentimen kenegerian
Iklan
Anwar bersama 10 calon PKR yang diumumkan bertanding PRN Sabah ketika majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) pada Ahad malam. Gambar kecil Romzi.
SHAH ALAM - Pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap mampu meraih undi penduduk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) walaupun PKR hanya bertanding 10 kerusi.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Ationg berkata, terdapat beberapa faktor yang mungkin membuatkan PKR sedikit bergelut untuk memenangi kawasan dipertandingkan.