Pemergian yang sangat dicemburui
Iklan
Allahyarham Jumari dikebumikan di Perkuburan Baqi’, tanah perkuburan paling mulia di Madinah, terletak bersebelahan Masjid Nabawi.
KIRA-KIRA jam 12 tengah malam waktu Malaysia, awal minggu lalu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang kenalan di Tanah Suci Madinah. Suaranya cemas, memaklumkan ayahnya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.
Tidak sampai lima minit kemudian, deringan telefon berbunyi lagi. Kali ini suaranya perlahan dan sebak. “Ayah dah tak ada... tadi ALLAH SWT dah ambil ayah,” katanya dalam tangisan tertahan.