Padang Astaka ‘milik’ Cobra Blacks!

Iklan
Pasukan Cobra Blacks B15 bersama jurulatih, Fakhrulakmal Alias (dua kanan) dan Saiful Azwan Baderi (kanan) selepas Kejohanan Ragbi C10s Mini, Petaling Jaya, GAMBAR KECIL: Aldillan. FOTO KREDIT: JAVIERISM TUBOKA

SKUAD muda Akademi Cobra, Cobra Blacks, muncul dominan dalam Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (C10s) Mini 2025 bagi Kategori Bawah 15 Tahun (B15) selepas mengekalkan rekod sempurna sepanjang kejohanan, termasuk menafikan pasukan lawan daripada menjaringkan sebarang mata.

Kejohanan di Padang Astaka, Petaling Jaya, menyaksikan Cobra Blacks menewaskan semua lawan dalam lima perlawanan peringkat kumpulan dengan purata 31 mata setiap perlawanan, sebelum menundukkan pasukan KL Saracens 28-0 dalam perlawanan akhir.

Iklan
Iklan

Secara keseluruhan, pasukan tersebut mengumpul 184 mata daripada enam perlawanan, membuktikan kecekapan pertahanan yang kukuh dan strategi serangan yang berkesan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Akademi Cobra, Datuk Aldillan Anuar, berkata kejayaan berkenaan berpunca daripada disiplin, hormat, integriti, semangat dan solidariti yang diterapkan dalam kalangan pemain, tanpa mengira kemenangan atau kekalahan.

Iklan

“Terdapat pemain yang tidak terpilih atau mewakili sekolah lain, namun mereka tetap saling menyokong antara satu sama lain sepanjang kejohanan. Ini sejajar dengan sasaran akademi untuk mengekalkan budaya seimbang antara prestasi dan nilai teras,” katanya.

Menurutnya, Akademi Cobra menghantar tiga pasukan ke kejohanan kali ini iaitu dua pasukan B15 (Cobra Blacks dan Cobra Stingers) serta satu pasukan B16.

Iklan

Pasukan B16 menamatkan kejohanan di tempat keempat daripada 10 pasukan, manakala Cobra Stingers B15 menduduki tempat ketujuh.