Lagi kes jalan mendap di Jalan Masjid India

Iklan
Keadaan jalan mendap yang berlaku di Jalan Bonus, Masjid India di ibu negara pada Isnin. Foto: DBKL

KUALA LUMPUR - Jalan Masjid India ditutup sementara bagi laluan kenderaan selepas insiden mendapan permukaan jalan di hadapan premis di Jalan Bonus di sini pada Isnin.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, mendapan itu berlaku pada jam 8.39 pagi.

Iklan
Iklan

"Pasukan daripada DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah berada di lapangan bagi menjalankan siasatan.

"Bagi tujuan keselamatan, Jalan Masjid India telah ditutup sementara kepada laluan kenderaan bermula dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) hingga ke kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tambahnya, DBKL menegaskan bahawa keselamatan orang awam adalah keutamaan.

Katanya, pemantauan dan kerja teknikal akan diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Iklan

Sebelum ini, pada Ogos tahun lalu, negara dikejutkan dengan insiden seorang wanita warga India berusia 48 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam kira-kira lapan meter.