Portal Jodoh Darul Iman tarik 2,000 peserta termasuk individu 51 tahun ke atas

Iklan
Hanafiah

UALA TERENGGANU – Seramai 16 individu berusia 51 tahun ke atas turut mendaftar dalam Portal Jodoh Darul Iman sejak ia dilancarkan pada Ogos lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pendaftaran seramai 2,048 peserta setakat 16 September lalu.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, kebanyakan peserta yang direkodkan berusia antara 26 hingga 35 tahun (907 orang), diikuti bawah 25 tahun (359) dan 36 hingga 50 tahun (268).

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 1,550 orang telah melengkapkan pendaftaran penuh manakala 498 orang sedang melalui penilaian semula.

“Sesi pertemuan bagi peserta dijalankan menerusi dua platform iaitu secara fizikal dan dalam talian bagi memudahkan proses perkenalan antara mereka.

Iklan

“Setakat ini, sebanyak 70 pasangan telah direkodkan dalam sesi pertemuan pertama, di mana 19 daripadanya berjaya, 34 tidak serasi dan 17 lagi masih dalam proses.

“Pasangan yang berjaya kini berada dalam fasa taaruf,” katanya ketika menjawab soalan Ridzuan Hashim (Pas–Buluh Gading) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Isnin.

Iklan

Portal Jodoh Darul Iman diwujudkan bagi membantu golongan bujang, duda, janda dan balu mencari pasangan hidup secara teratur mengikut garis panduan Islam.

Platform itu kini menjadi salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu rakyat Terengganu mencari pasangan hidup secara terkawal, beretika dan menepati syariah.