Celestis tawar pengebumian di Marikh menjelang 2030

Iklan
Menerusi misi Mars300, Celestis ingin membawa 300 debu mayat dan sampel DNA ke Marikh menjelang 2030. Gambar hiasan.

KURANG daripada 700 manusia pernah pergi ke angkasa lepas.

Mengikut perkiraan matematik, anda mempunyai keberangkatan lebih tinggi menjadi Perdana Menteri daripada menjadi angkasawan Malaysia yang kedua ke angkasa lepas.

Iklan
Iklan

Oleh itu kebarangkalian untuk menjejakkan kaki di permukaan Marikh adalah jauh lebih rendah.

Tetapi Celestis, sebuah syarikat di Amerika Syarikat kini menawarkan pengebumian di Planet Merah seawal 2030.

Iklan

Menerusi misi Mars300, Celestis ingin membawa 300 debu mayat dan sampel DNA ke Marikh menjelang 2030.

Mereka yang berminat perlu membayar AS$24,995 (RM 67,687.45) dengan mereka kini hanya mengambil 10% wang pendahuluan.

Iklan

Bagi yang mengatakan misi ini mustahil, Celestis sudahpun menawarkan perkhidmatan menghantar abu mayat ke angkasa lepas untuk disemadikan sejak 1994.

Antara pelanggan mereka yang paling terkemuka ialah pencipta siri Star Trek, Gene Rodenberry di mana debu beliau dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1997. - Awani