Jadual padat PM di Sabah hari ini

Iklan
Anwar tiba di Tamu Jalan Gaya, Kota Kinabalu bagi sesi 'walkabout' dan sarapan pagi bersama komuniti masyarakat setempat.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya di Sabah pada Ahad dengan jadual padat, melibatkan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu dari pagi hingga malam.

Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan Madani Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada jam 10 pagi.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada jam 4 petang.

Iklan

Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi PRN Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada jam 9 malam.

Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau esok. - Bernama

Iklan