Selangor larang aktiviti perlombongan nadir bumi - Amirudin

Iklan
Amirudin

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor menegaskan bahawa negeri ini tidak pernah meluluskan sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi (REE), sebaliknya hanya akan memberi tumpuan kepada sektor pemprosesan serta pembangunan industri hiliran berkaitan bahan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dasar negeri jelas untuk tidak terbabit dalam pengambilan bahan mentah nadir bumi, sebaliknya menumpukan kepada aktiviti peringkat pertengahan (‘middle’) dan hiliran (‘downstream’) yang mampu memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negeri.

Iklan
Iklan

“Selangor tidak akan mengambil nadir bumi dalam bentuk mentah. Kita mahu pastikan jika ada penglibatan sekalipun, ia berlaku pada peringkat pemprosesan supaya produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor di Dataran Malawati di sini pada Sabtu.

Iklan

Amirudin menjelaskan bahawa walaupun terdapat kawasan di Selangor yang dikenal pasti mempunyai simpanan nadir bumi, kerajaan negeri tidak bercadang untuk memfokuskan kepada aktiviti perlombongan. Sebaliknya, usaha akan digiatkan untuk menarik pelaburan dalam sektor pemprosesan dan teknologi berkaitan.

“Negeri lain boleh teruskan kalau mereka mahu melombong, tetapi Selangor mahu tumpu kepada industri pemprosesan yang lebih berimpak dan lestari,” tambah beliau.

Iklan