Muhyiddin tinjau aktiviti di pasar raya

Iklan
Muhyiddin beramah mesra dengan pengunjung ketika melakukan tinjauan aktiviti jualan dan pembelian sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan aktiviti jualan dan pembelian di sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan dekat sini sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kelapan hari ini.

Muhyiddin tiba di premis berkenaan pada kira-kira jam 6 petang dan memulakan tinjauan ke bahagian keperluan harian seperti sayuran, bawang, ikan, ayam dan daging dan kemudiannya meninjau bahagian menjual gula, minyak masak dan beras.

Iklan
Iklan

Beliau turut bertanya kepada beberapa pelanggan sama ada barangan keperluan mencukupi.

Beberapa pelanggan juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif dan langkah kerajaan dalam mendepani saat sukar berdepan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Kunjungan Perdana Menteri itu mengundang rasa teruja pengunjung dan petugas pasar raya yang dilihat mengambil peluang mengambil gambar dan berswafoto dengan pemimpin negara itu. - Bernama