Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan tepi lebuh raya

Iklan
Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, baru-baru ini. Foto ihsan PDRM.

NILAI - Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 pagi, 2 November lepas daripada pekerja pembersihan lebuh raya yang menjumpai rangka tidak sempurna di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa tulang dalam keadaan berkelompok yang dipercayai tulang manusia.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Abdul Malik berkata, setakat ini, tiada sebarang petunjuk dan bahan kes telah dihantar ke forensik untuk ujian makmal.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, rakan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Mantin melalui talian 06-7581222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Syafiq Azmy, 018-2247743. - bernama

Iklan