Pelajar OKU dicabul rakan sekolah

Iklan
Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul dalam tandas sekolah terbabit. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) sebuah sekolah menengah di sini menempuh detik hitam dicabul rakannya dalam kejadian pada Selasa lalu.

Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul dalam tandas sekolah terbabit.

Iklan
Iklan

Kejadian itu bagaimanapun diketahui ibu mangsa sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Cheras.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Iklan
Iklan

"Satu laporan polis dibuat berkaitan kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya.