Lelaki parah ditembak di stesen minyak

Iklan
Anggota polis menjalankan siasatan di sebuah stesen minyak di sini berikutan insiden tembakan yang berlaku pada Jumaat. Foto gambar tular

KLANG - Seorang lelaki parah ditembak dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Bukit Tinggi di sini pada Jumaat.

Mangsa berusia lingkungan 30-an itu dipercayai cedera di bahagian perut dan dada dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu.

Iklan
Iklan

Mangsa turut difahamkan memiliki beberapa rekod jenayah lampau itu kini dirawat di sebuah hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa memaklumkan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kenyataan akhbar berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat.