Penggiliran pemain Maresca semakin pelik

Iklan
Maresca mempertahankan pendekatannya menyatakan rombakan dibuat mengikut perancangan serta memikirkan tekanan jadual.

WAYNE Rooney berpandangan pemain Chelsea perlu mencabar polisi penggiliran pemain Enzo Maresca yang terlalu kerap, susulan keputusan seri 2-2 menentang Qarabag dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) baru-baru ini.

Menurut Rooney, tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu hanya menyambung corak rombakan berterusan sejak beberapa perlawanan, sekali gus mengganggu pembentukan keserasian pasukan.

Iklan
Iklan

“Pemain mahu bermain dan membina hubungan. Jika sentiasa berubah, mereka tidak akan gembira,” katanya dalam program The Wayne Rooney Show.

Dalam lima perlawanan terakhir, Chelsea merekodkan tiga kemenangan, satu kekalahan dan satu seri, angka yang dilihat belum selari dengan kualiti skuad.

Iklan
Iklan

Maresca bagaimanapun mempertahankan pendekatannya, menyatakan rombakan dibuat mengikut perancangan serta memikirkan tekanan jadual termasuk menuju kempen Piala Dunia Kelab FIFA.