Aina sebak raih perak Petanque Asia

Iklan
Aina (kanan) bersama Harith (kiri) dan Azwan masing-masing menghadiahkan pingat buat kem negara pada Kejohanan Petanque di Cheras pada Jumaat.

TUAH Nur Iman Aina Ahmad Sabti yang membuat penampilan sulung dalam acara shooting wanita apabila menyumbang pingat perak buat negara pada Kejohanan Petanque Asia 2025 di Cheras pada Jumaat.

Dalam saingan akhir di Arena Petanque Kuala Lumpur, pakar acara triples itu terpaksa akur tewas 22-27 kepada wakil Indonesia, Anni Saputri.

Iklan
Iklan

Aina yang dilihat agak beremosi sejurus tamat perlawanan mengakui tidak menyangka dapat melangkah jauh dalam acara shooting tersebut.

“Ini kali pertama saya bertanding dalam acara shooting dan mara ke final. Ia sangat mencabar, tetapi saya sudah berikan aksi dengan sepenuh jiwa.

Iklan

“Lawan hari ini (Jumaat) sangat kuat dan dia sudah menewaskan atlet Thailand yang merupakan juara dunia. Saya akan bekerja lebih keras menjelang Sukan SEA nanti,” katanya.

Pasukan negara turut meraih satu lagi perak dalam kategori shooting remaja selepas Muhd. Harith Muhaimin Hafaizul tewas 26-29 kepada Nun Ravin dari Kemboja di pentas final.

Iklan

“Prestasi hari ini agak menurun berbanding semalam (Khamis), tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Pingat perak ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhd. Nuzul Azwan Temizi yang beraksi dalam acara shooting lelaki pula tetap berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas 19-27 kepada atlet Taiwan, Wu Kun Yu dalam saingan separuh akhir.