Rombakan Kabinet dua, tiga minggu lagi?

Iklan
Zambry Abdul Kadir - Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Berucap pada Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya (FOI), Zambry mengharapkan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar untuk penganjuran festival berkenaan bagi tahun- tahun akan datang meskipun nasib beliau sebagai menteri Kabinet tidak diketahui.

Iklan
Iklan

"Jadi, sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun akan datang.

"Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.

Iklan

"PM (Anwar) senyum saja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama dua tiga minggu ja lagi," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.

Zambry yang juga Setiausaha Agung BN mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2 Disember 2022 di Istana Negara sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Iklan

Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul merupakan satu-satunya senator yang berkhidmat selama dua penggal berbanding tiga yang lain.