Rizab antarabangsa BNM pada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober

Iklan
Bank Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR - Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025 berbanding AS$123.4 bilion yang dicatatkan semasa 15 Oktober 2025.

Bank pusat melalui satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

Iklan
Iklan

Komponen utama rizab merangkumi mata wang asing (AS$109.3 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$4.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM612.53 bilion, yang terdiri daripada pertukaran emas dan mata wang asing serta rizab lain termasuk SDR (RM521.56 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.27 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.07 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) serta aset lain (RM43.63 bilion).

Iklan
Iklan

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM612.53 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM205.50 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.08 bilion), deposit institusi kewangan (RM122.25 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.46 bilion), deposit lain (RM65.65 bilion), kertas Bank Negara (RM8.38 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion) serta liabiliti lain (RM3.23 bilion). - Bernama