Ledakan letupan gegar sekolah menengah di Jakarta

Iklan
Polis kini mengawal keadaan di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Jakarta, Kelapa Gading. Foto Agensi

JAKARTA – Suasana di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Jakarta, Kelapa Gading, bertukar panik apabila satu letupan dipercayai berpunca daripada bahan peledak berlaku di kawasan masjid sekolah itu, tengah hari Jumaat.

Insiden berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari waktu tempatan, ketika pelajar dan kakitangan berada di pekarangan sekolah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan awal, beberapa pelajar dilaporkan mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan pemusnah bom (Jihandak) bersama anggota Polis Sektor Kelapa Gading bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan serta mengawal kawasan kejadian.

Iklan

Kawasan sekolah kini dipasang pita keselamatan bagi mengelak sebarang risiko susulan.

Hasil pemeriksaan awal menemukan beberapa objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bahan letupan, namun pihak berkuasa menegaskan bahawa jenis dan sumber sebenar letupan masih dalam siasatan lanjut.

Iklan

Polis juga sedang meneliti kemungkinan insiden itu mempunyai unsur jenayah, namun menegaskan belum ada kesimpulan dibuat sehingga hasil forensik dan siasatan lengkap diperoleh. - Agensi