Cerminan pimpinan Sultan Nazrin
Iklan
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
AWAL minggu ini Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya (UM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Polisi Awam dan Kepimpinan (ICPPL 2025) bertemakan ‘Trend Mega dan Hala Tuju Masa Depan Dalam Polisi Awam, Kepimpinan dan Pembangunan Mampan’ yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Barisan penyelidik, tokoh dan pakar dalam dan luar negara telah berkongsi pandangan tentang keperluan kepimpinan dan skil polisi awam berimpak tinggi. Juga disentuh ialah keperluan pendekatan baharu dalam memastikan kelestarian sistem penyampaian.