Mahkamah pertimbang bukti sebelum putuskan pampasan RM10,000 sehari - Peguam
Iklan
Muhammad Hisham (kiri) dan Muhammad Akram.
SHAH ALAM – Pampasan RM10,000 sehari yang diperintahkan dibayar kepada waris Pastor Raymond Koh oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diyakini dibuat berdasarkan pertimbangan bukti, testimoni saksi dan hujahan undang-undang sepanjang perbicaraan kes.
Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, mahkamah mempunyai kuasa menentukan jumlah ganti rugi bersesuaian setelah meneliti fakta dan kekhilafan pihak disaman.