Desak Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu berundur antara tiga tuntutan Saifuddin terhadap parti
Iklan
Saifuddin (gambar kecil) menuntut Mohammed Radzi (tengah) berundur daripada keanggotaan AJK Lembaga Disiplin Bersatu serta meminta Muhyiddin (kiri) hadir dalam prosiding pendengaran kes beliau pada sesi seterusnya.
SHAH ALAM – Desakan dua anggota Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berundur termasuk pengerusinya, Datuk Mohammed Radzi Manan merupakan antara tiga tuntutan dikemukakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika menghadiri sesi perjumpaan bersama Lembaga Disiplin parti di Ibu Pejabat Bersatu pada Khamis.
Saifuddin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, selain desakan Mohammed Radzi dan peguam, Sasha Lyna Abdul Latif berundur dari korum Lembaga Disiplin parti, beliau turut menuntut kehadiran Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pihak penyiasat dan pendakwa dalam kes terhadapnya.
Iklan
Iklan
Menurut Saifuddin, beliau bersedia menghadiri sesi prosiding Lembaga Disiplin seterusnya sekiranya ketiga-tiga tuntutan berkenaan dipenuhi.
Tambahnya, kehadiran dengan rela hati bersama Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin pada Khamis dibuat di sebalik keputusan perdamaian dicapai dalam mesyuarat MPT Bersatu pada Selasa lalu.
Iklan
"Tuntutan pertama supaya dua anggota Lembaga Disiplin berundur daripada mengendalikan kes saya kerana mereka mempunyai konflik kepentingan dengan pucuk pimpinan Bersatu seperti Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Dari segi hubungan peribadi, Mohammed Radzi merupakan bapa mertua kepada Ahmad Faizal, manakala Sasha Lyna Abdul Latif bekerja di bawah pimpinan Setiausaha Agung.
Iklan
"Justeru, hubungan peribadi dan kenyataan-kenyataan terdahulu kedua-dua pihak itu dibimbangi menimbulkan keraguan terhadap ketelusan proses disiplin parti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Saifuddin turut meminta penjelasan mengenai identiti pihak penyiasat dan pendakwa dalam kes pertuduhan terhadapnya sebagai tuntutan kedua.
"Adalah amat penting untuk saya mendapatkan kepastian bahawa penyiasat kes saya, pihak yang membuat pendakwaan ke atas saya dan Ahli Lembaga Disiplin yang akan memutuskan nasib saya adalah tiga pihak yang berbeza,” tegasnya.
Tambah Saifuddin, tuntutan ketiganya supaya Muhyiddin dipanggil memberi penjelasan amat penting memandangkan kes pertuduhan terhadapnya melibatkan dakwaan bahawa beliau mencadangkan Ahli Parlimen Pagoh itu melepaskan jawatan Presiden parti.
"Terdapat beberapa persoalan yang hanya boleh dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Lembaga Disiplin hanya boleh membuat keputusan selepas memanggil dan meneliti keterangan beliau," katanya.
Justeru, Saifuddin telah memohon agar Lembaga Disiplin Bersatu mengadakan sesi perjumpaan yang baharu setelah ketiga-tiga tuntutan beliau dipenuhi.
"Sekiranya ketiga-tiga tuntutan tersebut dipenuhi, maka saya bersedia menghadiri sesi perjumpaan seterusnya dan memberi kerjasama penuh kepada Lembaga Disiplin," tegasnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.