Wanita cedera parah diserang bekas suami guna alat pemadam api

Iklan
Mangsa parah di lokasi akibat diserang menggunakan alat pemadam api - Foto: United Daily News

TAIWAN – Seorang wanita berusia 54 tahun cedera parah selepas diserang bekas suaminya menggunakan alat pemadam api hanya dua jam selepas beliau memohon perintah sekatan terhadap lelaki berkenaan.

Menurut laporan United Daily News, mangsa menguruskan sebuah kilang alat logam yang pernah diusahakan bersama bekas suaminya yang berusia 59 tahun di Daerah Daliao.

Iklan
Iklan

Walaupun sudah bercerai, kedua-duanya masih bekerja di kilang yang sama.

Pada Rabu lalu (29 Oktober), pasangan itu bertengkar mengenai urusan kerja sebelum berlaku pergelutan fizikal.

Iklan

Polis dipanggil ke tempat kejadian, namun keadaan kembali tenang sebelum wanita berkenaan ke balai polis untuk membuat laporan dan memohon perintah perlindungan keganasan rumah tangga.

Sekitar jam 7 malam, hanya dua jam selepas laporan dibuat, lelaki berkenaan dipercayai mengetahui tentang perintah sekatan tersebut dan menjadi berang lalu ke rumah bekas isterinya sambil membawa alat pemadam api dan penyodok logam.

Iklan

Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu terus menyerang mangsa berulang kali hingga menyebabkan kecederaan serius di kepala dan muka berdarah sebelum melarikan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala suspek menyerah diri kepada polis pada malam yang sama.