Makin panas Bersatu
Iklan
Gelodak dalaman Bersatu didakwa makin terang benderang sekarang. Foto hiasan
TUK Wan Saiful Wan Jan bukan sebarang orang. Banyak yang kata dia mastermind parti Bersatu. Kata mudahnya dia perancang atau strategis. Jadi bila orang macam ini kena singkir dari parti, jangan harap dia diam. Sudah tentulah dia akan bongkar apa yang berlaku dalam parti.
Baru-baru ini, Wan Saiful dedah prosiding Lembaga Disiplin Bersatu. Katanya, mesyuarat Lembaga Disiplin yang sepatutnya membahaskan kes tuduhan disiplin dirinya jadi lain pula. Paling banyak dibincangkan adalah persepsi negatif terhadap Timbalan Presiden, Tuk Seri Hamzah Zainuddin.