Tanpa wanita bisnes tak untung
Iklan
Begitulah hidup seimbang antara lelaki dan wanita. Si suami dengan baju lusuhnya, si isteri dengan koleksi tudung tak berpenghujung. Foto hiasan/123RF
ADA satu hal yang memang tak pernah selesai dibualkan iaitu tabiat membeli-belah kaum wanita. Kepala cuma satu, tapi tudung ada beratus berlipat rapi macam stok gudang. Cakap sahaja nak warna apa, dari warna pisang kaki hinggalah ke daun keladi, semuanya ada.
Kaki pun sepasang, tapi kasut bertingkat sampai rak hampir rebah. Badan satu, tapi baju punyalah banyak. Ada yang sampai pintu almari tak boleh tutup, engsel pun dah senget sebab menanggung berat kain.