Aduhai bahasa Gen Z
Iklan
Adalah silap jika kita yang berumur ini mengharap anak-anak muda itu berkomunikasi dengan kita menggunakan bahasa kita. Foto hiasan/123RF
PADA 11 September 2024 Dewan Senat Australia digegarkan oleh ucapan Senator Fatima Payman.
Kandungan ucapannya yang antara lain membantah cadangan mengenakan had umur kepada penggunaan media sosial, mengkritik tindak balas kerajaan terhadap isu kos sara hidup dan perumahan, tidaklah terlalu hebat. Ia sekadar hujahan biasa.