Anwar junjung kasih doa dan keprihatinan Sultan Brunei

Iklan
Anwar ketika menerima panggilan daripada Sultan Brunei tengah hari tadi untuk bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya. Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah terhadapnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, baginda berkenan menghubunginya tengah hari tadi untuk bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

Iklan
Iklan

"Baginda dengan penuh takzim bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT.

Iklan

Pada Ahad, Anwar dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas. - Bernama

 

Iklan