Dituduh curi 'power bank', kanak-kanak lelaki cedera dibelasah

Iklan
Tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera selepas dipukul beberapa individu.

KUALA LUMPUR – Gara-gara dituduh mencuri sebuah 'power bank', seorang kanak-kanak lelaki cedera dibelasah beberapa individu di kawasan medan selera di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dakwaan kononnya mangsa berumur 12 tahun mencuri 'power bank' milik rakan kepada salah seorang suspek.

Iklan
Iklan

"Mangsa mengalami luka kecil di bahagian dahi dan mulut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Semakan lanjut mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis Setapak 17850/25 dan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, susulan itu tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun diberkas di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera selepas dipukul beberapa individu.