MonteVenz raikan Aroma Venezuela di Kuala Lumpur

Iklan
MonteVenz baru-baru ini mengadakan program istimewa 'Gerai Kopi MonteVenz – Aroma Venezuela' yang menggabungkan kehebatan kopi Venezuela dengan keunikan rasa Malaysia di Lalaport BBCC Kuala Lumpur.

JENAMA kopi antarabangsa, MonteVenz baru-baru ini mengadakan program istimewa 'Gerai Kopi MonteVenz – Aroma Venezuela', sebuah pameran rasa, aroma dan budaya yang menggabungkan kehebatan kopi Venezuela dengan keunikan rasa Malaysia.

Program selama tiga hari bermula 31 Oktober hingga 2 November lalu bertempat di Wow Plaza, Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur itu turut memperkenalkan masakan tradisional Venezuela seperti Arepa dan Tequeño kepada pengunjung.

Iklan
Iklan

Berucap pada majlis perasmian, Duta Besar Republik Bolivar Venezuela ke Malaysia, Radamés Jesús Gómez Azuaje menekankan, kepentingan program sedemikian sebagai usaha memperkukuh hubungan persahabatan antara Venezuela dan Malaysia

“Program ini bukan sahaja tentang perdagangan dan pelaburan tetapi juga pertukaran budaya serta cita rasa yang mencerminkan semangat 'People-to-People Connection'.

Iklan

"Saya turut menyokong inisiatif seperti MonteVenz sebagai jambatan baharu dalam diplomasi ekonomi dan budaya rakyat," katanya.

MonteVenz yang diusahakan oleh Terus Bersahabat Resources (TBR) dengan sokongan Kedutaan Besar Venezuela di Malaysia dan rakan-rakan diplomatik Venezuela itu mengetengahkan diplomasi kopi serta gastronomi budaya, sekali gus mempertemukan dua dunia yang berbeza tetapi serasi.

Iklan

Venezuela terkenal dengan biji kopi Arabica berkualiti tinggi dari banjaran Andes seperti Táchira, Mérida dan Trujillo selain banjaran pantai utara seperti di Lara, sementara Malaysia sinonim dengan kepelbagaian rasa tropika serta semangat kerjasama serantau.

Dengan slogan 'The Aroma of Venezuela', MonteVenz memperjuangkan rasa tulen, ketulenan semula jadi dan semangat persahabatan global melalui kopi, makanan serta budaya.

Selain menikmati pelbagai pilihan kopi seperti Café de Caracas Blend, Avila Signature Roast dan Malaysian Bold Fusion, pengunjung juga berpeluang merasai Arepa (roti jagung tradisional Venezuela yang diisi dengan pelbagai bahan segar) selainTequeño, snek keju goreng popular yang menjadi lambang keramahan masyarakat Venezuela.