KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 bermula pada Isnin, melibatkan seramai 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
Bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik 127,526 petugas yang akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
KPM turut bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau wabak penyakit.
Calon yang terkesan dinasihatkan agar segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Menurut jadual rasmi, peperiksaan akan berlangsung mengikut fasa berikut:
Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November
Ujian Amali Sains: 17–19 November
Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November
Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember
Calon diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan tarikh, waktu, kod dan nama kertas peperiksaan. - Awani