PEMAIN muda berbakat, Curson Cheng Yu Yang muncul wira baharu apabila menghadiahkan kejuaraan kepada skuad Melaka dalam aksi dramatik final Kejohanan Antara Negeri Bawah 12 (B-12) & B-16 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Melaka yang tewas pada pentas akhir tahun lalu bangkit menebus kekecewaan apabila menundukkan bekas juara, Kedah, 2-1 dalam pertarungan sengit lebih dua jam.