KUANTAN – Satu rakaman video memaparkan kejadian yang didakwa sebagai insiden tikaman melibatkan dua individu tular di media sosial pada Ahad.
Video berdurasi kira-kira 40 saat itu menunjukkan kelibat dua lelaki dipercayai sedang bertengkar di tepi jalan di sebuah kampung di daerah ini sebelum berlaku sedikit kekecohan.
Iklan
Iklan
Turut kelihatan dua kanak-kanak berada berhampiran lokasi kejadian sebelum salah seorang lelaki bertindak menikam mangsa dan segera menaiki kereta berwarna biru.
Dalam rakaman terbabit, mangsa kemudiannya dilihat berjalan menuju ke sebuah rumah sebelum didakwa meminta sebilah golok daripada seseorang di kawasan berkenaan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar daerah Kuantan berdasarkan maklumat yang dikongsi pengguna media sosial.
Setakat ini, punca kejadian serta identiti individu terbabit masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian terbabit berlaku dua hari lalu.