Contohi Sarawak bangunkan REE
PENEROKAAN logam berharga Bahan Nadir Bumi atau Rare Earth Elements (REE) diberi laluan istimewa untuk dieksport ke Amerika Syarikat (AS) di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump minggu lalu.
Dibayangkan oleh perjanjian tersebut bahawa syarikat-syarikat Malaysia, AS dan Australia akan diberi keutamaan untuk meneroka REE ini seperti dilakukan oleh Lynas di Pahang sebelum dijual kepada AS. Bagi Washington, mendapatkan bekalan REE yang terjamin ini penting setelah Republik Rakyat China (RCC) mengumumkan ia akan mengharamkan eksport bahan nadir bumi kepada negara Uncle Sam itu. Di Kuala Lumpur minggu lalu, Malaysia dan juga Kemboja yang mengharapkan tarif perdagangan yang rendah berjanji untuk membekalkan bekalan REE itu kepada Washington.