Saran patin muncung disenaraikan sebagai spesies dilindungi
Iklan
Patin muncung. Gambar kecil: Dr Haslawati
KUANTAN - Adalah sesuatu yang mencabar untuk meningkatkan populasi patin muncung di Sungai Pahang, malah usaha itu juga sukar dijalankan, kata Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi (IPPGL), Dr Haslawati Baharuddin.
“Dengan status terkini sebagai spesies yang diancam kepupusan, patin muncung perlu disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi sebagai langkah mengurangkan risiko kepupusan, seterusnya membolehkan perancangan program pemuliharaan dengan lebih strategik,” jelasnya.