Ganjaran sehingga RM1,000 bagi sekilogram patin muncung
Iklan
Populasi patin muncung semakin merosot dan tiada tangkapan direkodkan nelayan darat.
KUANTAN - Ganjaran RM1,000 sekilogram ditawarkan bagi setiap induk patin muncung hidup atau nama saintifik helicophagus waandersii yang diserahkan sebagai langkah memulihkan spesies ikan asli yang terancam di Sungai Pahang.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Roslan Abu Hasan berkata, tawaran itu dibuat kerana spesies digelar ‘raja patin’ itu semakin berkurangan di habitat asalnya.