Usaha 20 tahun belum berakhir
Iklan
Anak ikan patin buah antara yang berjaya dibiakkan di PPA Perlok, Jerantut.
JERANTUT - Mudah mati dalam masa singkat apabila ditangkap dan dinaikkan ke darat menyebabkan Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok di sini gagal mendapatkan induk patin muncung sejak 20 tahun lalu.
Ketua PPA Perlok, Mohd Nor Ramzan Rohim berkata, meskipun terdapat nelayan yang berjaya menangkap spesies itu, namun tiada satu pun dapat hidup.