KOTA BHARU - Gaya kerja moden kini menembusi Pantai Timur apabila International Workplace Group (IWG), pe neraju global dalam penyediaan ruang kerja fleksibel memperkenalkan pusat terbaharunya Regus Troika Kota Bharu pertama di negeri ini.
Pengurus IWG Malaysia, Vijayakumar Tangarasan berkata, langkah strategik itu menandakan komitmen berterusan IWG untuk memperluas konsep kerja hibrid ke seluruh Malaysia sekali gus menjadikan akses kepada ruang kerja profesional lebih mudah, berdekatan dan mampu dimiliki oleh perniagaan pelbagai saiz termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan tempatan.
“Kerja hibrid kini membentuk masa depan dunia pekerjaan di Malaysia dan kami berbangga menjadi peneraju dalam menyediakan ruang kerja fl eksibel yang mudah diakses di seluruh negara.
“Dengan pembukaan Regus Troika Kota Bharu, pusat pertama kami di Pantai Timur, kami menyokong komuniti PKS dan usahawan di Kelantan yang semakin berkembang dengan menawarkan ruang kerja profesional lebih dekat dengan tempat mereka tinggal serta menjalankan perniagaan,” tambahnya.
Terletak di Troika di tengah-tengah bandar ini, Vijayakumar berkata, Regus Troika Kota Bharu menawarkan kedudukan strategik dengan akses terus ke Jalan Mahmood yang menghubungkan pengguna ke kawasan utama bandar dan sempadan Thailand.
“Hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, lokasi ini menjadi pilihan ideal bagi perniagaan yang ingin berkembang sambil mengekalkan hubungan antarabangsa.
“Pusat ini menampilkan pelbagai pilihan ruang kerja termasuk pejabat persendirian, ruang kerja kongsi, bilik mesyuarat, pejabat maya dan keahlian global yang membolehkan pengguna mengakses lebih 5,000 lokasi IWG di seluruh dunia,” katanya.
Tambah beliau, dengan kemudahan seperti studio persidangan video, pemantauan keselamatan 24 jam, wifi berkelajuan tinggi, kemudahan letak kereta dan perkhidmatan sokongan lengkap, Regus Troika Kota Bharu memastikan pengalaman kerja yang lancar, profesional dan selesa untuk semua.
“Pelanggan juga boleh memilih pakej fl eksibel sama ada lima hari, 10 hari atau tanpa had bergantung kepada keperluan dan skala perniagaan masing masing.
“Lebih daripada sekadar ruang kerja, Regus Troika Kota Bharu berfungsi sebagai hab komuniti perniagaan dinamik di Pantai Timur, menghubungkan usahawan, profesional bebas dan syarikat korporat dalam ekosistem kerja moden yang memupuk kolaborasi dan inovasi,” katanya.
Menurut Vijayakumar perkembangan itu mencerminkan komitmen IWG membantu perniagaan kekal tangkas, mengoptimumkan kos dan menarik bakat terbaik, sambil memperkasakan pekerja menyeimbangkan produktiviti dengan fleksibiliti.
“Dengan pembukaan lebih 43 pusat di seluruh Malaysia di bawah pelbagai jenama termasuk Regus, Spaces, Signature dan HQ, IWG kini memperkukuh kedudukan sebagai peneraju utama dalam perkhidmatan ruang kerja fl eksibel di rantau ini.
“Lebih mengujakan, hujung tahun ini kami akan mencapai 48 pusat dan lima lagi yang sudah ditandatangai untuk dibuka pada Mac atau April tahun depan,” katanya.