Kebakaran hutan 1.6 hektar di Gombak

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan di Gombak pada Sabtu. - Foto: JBPM Selangor

GOMBAK – Pasukan bomba mengambil masa hampir enam jam untuk memadamkan kebakaran hutan seluas kira-kira 1.62 hektar di Jalan Utama Bukit Sri Gombak, di sini awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 1.57 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Keadaan kebakaran hutan di Gombak pada Sabtu. -Foto: JBPM Selangor

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.16 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan.

"Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran air dari pam jentera dan dua pancutan nozzle.

Iklan

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 pagi dan telah dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.12 pagi,” katanya.