KUANTAN – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak 28 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, laporan kehilangan K Vikneswaran telah diterima daripada keluarga remaja berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Iklan
Iklan
"Kali terakhir mangsa dilihat, dia memakai T-shirt hitam dan seluar jeans berwarna biru.
"Sehingga kini, remaja tersebut masih belum dijumpai dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat remaja itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.