Warga emas maut motosikal bertembung

Iklan
Mangsa berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, polis minta saksi tampil bantu siasatan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Raiz Mukhliz

MUAR – Seorang warga emas maut manakala seorang lagi lelaki cedera apabila dua motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam nahas di Jalan Bakri Batu 5, di sini, pada petang Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.40 petang apabila salah seorang penunggang motosikal terbabit cuba melintas jalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Iklan
Iklan

“Akibat pertembungan itu, seorang lelaki berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi penunggang, lelaki berusia 57 tahun, pula mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000.

“Pihak polis meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp. Siti Ayu Mohamad Japri di talian 010-7724850 atau hadir ke Balai Polis Trafik IPD Muar bagi membantu siasatan.

Iklan

“Pada masa sama, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna lain,” katanya.